layout

Friday, December 16, 2011

TREND BETUDUNG~~hehe







Pakai tudung (baik) tapi.....
Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua,
, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna.Allah perintahkan wanita bukan sekadar memakai tudung sahaja,tetapi hendaklah melabuhkan tudungnya hingga menutupi dada..
Contohnya:

#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem )
#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi sesangat
#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah .. Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Allah .

Kisah dari Penjara Pudu



Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".Dibilik  inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.  Di "BILIK  TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi   begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan   harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang     masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik  tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang   ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil  meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.  Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata... "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa"
"Ahmaaaaaad  Albab yang punyaaaaaa" "Ha Ha Ha Ha Ha" Sekian

Followers